Penyelia-penyelia Datakraf Solutions Sdn Bhd dan Ikhtiar Factoring Sdn Bhd bergambar selepas menandatanganu memorandum persefahaman pada Isnin lepas.

KUALA LUMPUR – Penyedia kepakaran dalam teknologi dengan penyelesaian IT moden dan pendigitalan, Datakraf Solutions Sdn Bhd, bersama syarikat pemfaktoran bertauliah pertama di Malaysia, Ikhtiar Factoring Sdn Bhd, bekerjasama melancarkan Ikhtiar Digital Sdn Bhd melalui memorandum persefahaman antara tiga penjuru yang ditandatangani pada Isnin lepas.

Ikhtiar Digital Sdn Bhd menerima mandat daripada Datakraf Solution Sdn Bhd dan juga Ikhtiar Factoring Sdn Bhd dalam menguruskan pengintegrasian serta pengurusan maklumat secara digital melalui aplikasi dan laman sesawang TenderDB.

Kerjasama itu dilihat berpotensi merubah cara syarikat dan kontraktor memasuki tender kerajaan dan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) di masa hadapan.

“Melalui pengintegrasian platform carian tender dan pembiayaan yang serentak, Ikhtiar Digital Sdn Bhd yakin ianya dapat mempermudah proses bagi para petender, kontraktor terutama sekali perusahaan kecil dan sederhana (SME) yang ingin memasuki mana-mana tender namun, mempunyai kapasiti kewangan yang terhad.

“Antara masalah yang sering dihadapi petender adalah kekurangan notifikasi masa sebenar atau real-time notification, kini dapat diatasi melalui solusi yang ditawarkan TenderDB.

“Mana-mana syarikat yang berdaftar dengan TenderDB akan mendapat notifikasi harian bagi kod bidang yang sudah didaftarkan dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), dan ini dapat memastikan mereka tidak lagi terlepas sebarang peluang tawaran tender yang dibuka.

“Selain dari itu, melalui khidmat tawaran Ikhtiar Factoring Sdn Bhd, mereka juga boleh mendapatkan surat sokongan kewangan bagi tujuan memasuki tender serta mendapatkan pembiayaan sehingga 80 peratus dari nilai Surat Setuju Terima, hanya melalui aplikasi TenderDB,” katanya Datakraf Solutions Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini.

TenderDB juga mengalu-alukan mana-mana syarikat yang telah berdaftar sebagai pengguna untuk turut mendaftar dengan Ikhtiar Factoring Sdn Bhd melalui aplikasi dan laman sesawang TenderDB.

Jelasnya, bagi yang mendaftar dengan TenderDBxIkhtiar dari sekarang sehingga Disember 2023, bakal mendapatkan promosi penggunaan percuma selama 30 hari, notifikasi dan carian tender serta percuma satu surat sokongan kewangan bernilai RM250 hanya melalui laman sesawang atau aplikasi TenderDB.

Gabungan kuasa tiga syarikat itu katanya, dilihat dapat membawa manfaat besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (SME), kontraktor juga petender dalam industri penyelesaian digital dan pembiayaan kontrak kerajaan.

“Ini merupakan tonggak baru dalam usaha memajukan sektor ini ke arah yang lebih efisien serta berdaya saing,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast