Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan menempelak sesetengah sikap timbalan menteri yang masih bercakap buruk mengenai sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Beliau berkata, ketika ramai yang mahu GST dikembalikan kerana sudah faham konsep cukai itu sangat bagus, namun masih ada yang tidak faham.

“Tidak faham dan bercakap buruk mengenai GST. Sukar diterima tetapi siapa saya nak cakap pada beliau.

“Biarlah saya bercakap di platform MalaysiaGazette sahaja. Untuk timbalan menteri itu, saya harap akan ada pakar ekonomi dari Bank Negara, pensyarah-pensyarah atau mereka yang arif mengenai ekonomi berdepan dengan beliau dan memberikan kefahaman yang benar mengenai GST,” ujarnya.

Ahmad berkata demikian ketika menjadi tetamu program SKOP MG menerusi tajuk Belanjawan 2024: Potongan Kek Tak Sama Besar?

Menurutnya, walaupun ramai sudah mengakui kebaikan GST, namun sikap timbalan menteri berkenaan seolah-olah tidak mencerminkan kebijaksanaannya.

“Saya harap sangat ada orang yang akan beritahu pada beliau agar faham beza GST dan SST.

“Kalau dalam kerajaan pun ada sikap begini, macam mana rakyat nak betul-betul faham? ujarnya.

Jelasnya, biarpun banyak pihak mahu GST dikembalikan tetapi perkara itu tidak akan berlaku pada masa terdekat.

“Penumpuan Kerajaan adalah kepada pelaksanaan subsidi bersasar.

“Kita buat apa yang telah diputuskan dahulu, lain-lain tu mungkin lagi beberapa tahun,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast