V. Sivakumar.

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengesahkan pihaknya akan memmanggil Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar bagi menjawab inkuiri PAC berkait pengurusan dan kewangan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp).

Bagaimanapun, pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pihaknya akan memanggil Sivakumar pada Khamis depan dan bukannya pada Isnin seperti mana yang dilaporan media, hari ini.

“(Laporan media) katakan tarikh itu Isnin tapi salah sedangkan saya baru nak beritahu media baahwa Menteri akan dipanggil pada Khamis.

“Saya harap semua pihak mengambil perhatian tentang perkara ini dan ini jelas melanggar Peraturan Mesyuarat 85 dan saya berharap media perlu lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dengan mendapatkan berita daripada sumber yang sahih afgar ianya tidak memberikan persepsi yang tidak baik kepada umum,” katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.

Awal hari ini, media melaporan Sivakumar dipanggil PAC bagi merakamkan keterangan berkait pengurusan dan kewangan HRD Corp.

Artikel berkaitan:

MGNews : PAC Siasat Pengurusan Dana Latihan HRD Corp

Minggu lalu, Mas Ermieyati berkata jawatankuasa itu akan memulakan prosiding melibatkan program latihan dan pengurusan dana HRD Corp.

Beliau berkata, walaupun isu terlibat tidak dilapor dalam Laporan Audit Negara 2022, namun PAC boleh menggunakan kuasanya mengikut Peraturan Tetap Dewan Rakyat untuk siasatan.

Mas Ermieyati turut menambah bahawa PAC telah memanggil Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Dawood dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa), Kementerian Sumber Manusia (KSM), Amran Ahmad, Isnin lalu. – MalaysiaGazette