Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap ibu mertuanya pada 25 Jun lalu.

Berdasarkan pertuduhan, Hemaath Kumar A/L Padmanathan,35 yang juga merupakan anggota polis memukul ibu mertuanya dengan tangan di Brickfields.

Jika didapati bersalah tertuduh berdepan dengan hukuman penjara kurang setahun dan denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Bagaimanapun, Hemaath mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut.

Beliau diperintah membayar jaminan sebanyak RM800.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Eleena Jamaluddin Akbal menawarkan jaminan sebanyak RM4,000 dikenakan kepada tertuduh.

Dalam masa yang sama, Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim menetapkan 20 November ini sebagai tarikh sebutan dan penyerahan dokumen.

Terdahulu, tertuduh diwakili oleh oeguam Vinod Jharma dilaporkan pernah berhadapan dengan tuduhan memukul isteri sebelum ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast