KUALA LUMPUR – Mayat seorang wanita ditemui dalam sebuah kereta di tapak parkir Restoran Jejantas Sungai Buloh arah Utara pada 10.50 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, wanita berusia 30 tahun itu tidak sedarkan diri dalam kereta jenis Honda City warna putih.

Katanya, polis turut menemui periuk yang berisi arang yang telah dibakar di dalam kenderaan berkenaan.

Periuk yang diberi arang yang dibakar ditemui di dalam kereta.

“Pada Jumaat jam lebih kurang 10.50 pagi Polis IPD Petaling Jaya telah menerima panggilan MERS 999 memaklumkan terdapat kematian di tapak parkir Restoran jejanras Sungai Buloh arah Utara

“Berdasarkan maklumat tersebut sepasukan polis dari Balai Polis Kota Damansara telah pergi ke lokasi kejadian,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut beliau, mayat mangsa kemudian dibwa ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.

Sehubungan itu, Fakhrudin menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau mengenali wanita tersebut agar tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Balai Polis Kota Damansara di talian 03-61421222 bagi membantu siasatan.-MalaysiaGazette