Allahyarham Badrul Muhayat

KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal era 90-an, Badrul Muhayat dilaporkan meninggal dunia dalam tidur pagi tadi.

Khabar duka tersebut telah dikongsikan oleh pelakon Anne Abdullah menerusi akaun Facebooknya sebentar tadi.

Tulis Anne, Badrul ditemui sudah tidak sedarkan diri di rumah penginapannya di Pulau Pinang.

Pelakon berusia 55 tahun bersama beberapa selebriti lain berada di Pulau Pinang ketika bagi menyertai sebuah karnival di Seberang Perai.

Dalam pada itu, media juga melaporkan isteri arwah, Norhayati Zulkapli turut mengesahkan perkara itu namun tidak mengulas lanjut.

“Jenazah arwah akan dibawa pulang ke Johor Bahru,” katanya ringkas.

Difahamkan Badrul yang terkenal melalui filem Harry Boy dan Azizah The Legend itu disedari Norhayati kira-kira jam 9 pagi selepas cuba mengejutkan arwah hari ini.

Untuk makluman juga, Badrul baharu sahaja bernikah dengan Norhayati pada 18 April lepas.

Arwah Badrul turut meninggalkan dua cahaya mata, hasil perkahwinannya yang terdahulu masing-masing berusia 14 dan 16 tahun. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast