Tangkap layar menunjukkan struktur sebuah jambatan retak dan ia didakwa membabitkan JSAHMS.

GEORGE TOWN – Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) membuat laporan polis hari ini berhubung satu video tular di media sosial yang mendakwa sebahagian struktur Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) retak.

JKSB dalam satu kenyataan berkata, laporan dibuat di Balai Polis Batu Kawan bagi membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap pengguna applikasi WhatsApp yang menularkan video berdurasi 28 saat berhubung dakwaan itu.

“Ini kerana catatan pada video tersebut dilihat berunsur palsu dan boleh menimbulkan kegusaran serta salah faham dalam kalangan orang awam.

“Sehubungan dengan itu, pihak JKSB meminta kerjasama daripada semua pihak agar tidak menularkan video tersebut memandangkan ia merupakan maklumat palsu,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

JKSB nafi Jambatan Kedua P.Pinang retak

MalaysiaGazette semalam melaporkan, JKSB menafikan dakwaan sebahagian struktur JSAHMS retak seperti tular di media sosial.

Selain itu, Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Pembangunan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari memaklumkan kejadian itu berlaku di luar negara sekitar 2014. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast