Individu-individu yang sedang dikesan polis untuk menjadi saksi bagi kes perbicaraan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. Gambar: PDRM

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan tiga lelaki yang berasal dari Sarawak untuk menjadi saksi bagi kes perbicaraan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Menerusi kenyataan Pemangku Pegawai Pusat Media, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Inspektor Mazliyana Abd Latiff berkata, kesemua yang dicari berusia antara 18 hingga 38 tahun.

Katanya, ketiga-tiga individu terbabit adalah Ahmad Idham Safry, 18; Mohamad Haizam Mohd Zar, 37 dan Muhammad Nidzam Ismail, 38.

Ahmad Idham berasal dari Lot 547, Piasau Jaya, Lorong 1B, manakala, Mohamad Haizam beralamat terakhir di Lot 1940 Piasau Lorong 6, Jalan Pujut, sementara, seorang lagi, Muhammad Nidzam tinggal di Lot 705, Piasau Jaya Fasa 1, Lorong 1C.

Kesemua mereka yang berasal dari daerah Miri, Sarawak dikehendaki mengikuti perbicaraan di Mahkamah Tinggi Jenayah 4, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan,
Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Dang Wangi, ASP Siti Nadiyana Hamzah di talian 013-3809931/03-26002222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast