Mangsa yang maut di tempat kejadian dalam kemalangan di di Jalan Bukit Impian-Senai awal pagi tadi.

JOHOR BAHRU – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kereta dinaiki mereka hilang kawalan dan melanggar tembok pembahagi jalan di Jalan Bukit Impian-Senai awal pagi tadi.

Dua mangsa yang meninggal dunia  ialah N. Khatiravan, 23, dan M. Arvindran, 20.

Pihak bomba cuba menyelamatkan mangsa tersepit dalam kereta selepas kemalangan Jalan Bukit Impian-Senai awal pagi tadi.

Beliau berkata, mangsa lain, V. Thineswaran, 22, cedera parah manakala S. Arivin, 24, dan Muhammad Syafiq Abdullah, 36, cedera ringan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kempas, Pegawai Bomba Kanan II, Wan Nor Affendi Wan Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu 3.15 pagi.

Susulan itu, katanya, seramai 20 anggota dari BBP Kempas dan BBP Skudai dibantu masing-masing sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT), Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan Fire Response Vehicle (FRV) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Wira dinaiki lima lelaki terbabas dan telah melanggar tembok pembahagi jalan. Pihak bomba bertindak mengeluarkan kesemua mangsa yang terperangkap dengan menggunakan peralatan khas,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya,  mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis manakala dua mangsa yang cedera dibawa dengan EMRS ke Hospital Sultanah Aminah di sini manakala seorang lagi dibawa ke HSA dengan kenderaan awam. – MalaysiaGazette