Lionel Messi. Foto Sky Sports.

PERANCIS – Bintang dunia, Lionel Messi akhirnya diumumkan memenangi Ballon d’Or buat kelapan dalam sejarah kariernya sekali gus muncul sebagai pemenang terbanyak anugerah berprestij itu.

Kejayaan Messi membantu Argentina menjulang Piala Dunia 2022 yang dianggap sebagai faktor paling penting membolehkan pemain berusia 36 tahun itu menjadi pemenang Ballon d’Or kali ini.

Dia yang kini beraksi bersama Inter Miami dianggap telah melengkapkan karier bola sepaknya dengan kejayaan memenangi Piala Dunia 2022, lantas mengukuhkan namanya sebagai GOAT iaitu Greatest of All Time sebagai Terbaik Sepanjang Zaman dalam bola sepak.

“Saya tak pasti sama ada saya pemain terbaik sepanjang zaman atau tidak. Namun jika saya dianggap antara yang terbaik maka ianya sesuatu yang sangat indah,” katanya.

Messi turut memberikan penghargaan kepada Erling Haaland dan Kylian Mbappe yang menjadi pesaing utamanya dalam Anugerah Ballon d’Or kali ini.

Haaland yang membantu Man City memenanginya treble musim lalu berada di tangga kedua sementara Mbappe berada di tangga ketiga. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast