Yahya Jaafar

JOHOR BAHRU – Minggu Solidariti Palestin yang dianjurkan di sekolah menengah dan rendah di daerah Johor Bahru bermula Ahad lalu disambut baik oleh semua pihak.

Pengerusi Kumpulan Penggerak Ibu Bapa Dan Komuniti (KPIBK) Johor Bahru, Datuk Yahya Jaafar berkata, setakat ini tiada bantahan mahupun laporan mengenai penganjuran itu diterima.

“Terdapat 148 buah sekolah menengah dan rendah di daerah ini dan saya boleh katakan bapa pelajar menyambut baik Minggu Solidariti Palestin yang akan dianjurkan hingga Jumaat ini nanti. Alhamdulilallah,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Minggu Solidariti Palestin anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dilaksanakan bermula 29 Oktober hingga 3 November di semua sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

Program tersebut bertujuan memupuk sikap simpati dan keprihatinan terhadap penderitaan yang dialami individu lain tanpa mengira bangsa, agama atau status sosial.

Menurut Yahya, ibu bapa pelajar memberi kerjasama baik dengan menyumbang ke tabung kemanusiaan yang dianjurkan sekolah. – MalaysiaGazette