KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mengesahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini sedang dirawat di hospital.
Bagaimanapun, beliau tidak dapat mendedahkan dengan lebih lanjut kerana maklumat peribadi pesakit adalah sulit.
Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas disabitkan dengan kesalahan rasuah yang dikaitkan dengan dana negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Semalam, jurucakap beliau, Muhamad Mukhlis Maghribi memberitahu, Najib dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif Covid-19 pada Selasa lalu.
Beliau memaklumkan Najib, 70, kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani kuarantin dan rawatan di hospital.
Beliau dilaporkan sebagai berkata, Najib dikejarkan ke hospital dari penjara selepas mengadu demam. – MalaysiaGazette
Ya Allah kesiannya. Semoga Allah SWT nemberikan kesembuhan dan keselamatan pada DSNR. Orang baik akan sentiasa dilindungi Allah jua. Semoga segera sembuh.