Foto Facebook Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membantu memberi sumbangan kepada penyanyi popular, Ibnor Riza, dan pelakon, Fauziah Samad yang dilanda masalah kesihatan.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh setiausaha politiknya, Ahmad Farhan Fauzi kepada kedua-dua insan seni tanah air itu.

“Mendapat khabar dukacita bahawa seniman dan seniwati tanah air, saudara Ibnor Riza dan saudari Fauziah Samad dilanda musibah kesihatan.
“Lantaran itu, hari ini Setiausaha Politik saya, saudara Ahmad Farhan Fauzi telah menziarahi mereka.
“Saudara Ibnor diuji dengan penyakit kanser limfoma manakala saudari Fauziah menghidap penyakit osteoartritis sehingga terpaksa berkerusi roda.
“Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya kepada bagi membantu urusan perubatan masing-masing.
“Saya mendoakan mereka berdua dikurnikan afiyah dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT,” tulis di satu hantaran di Facebook miliknya di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Ibnor memerlukan kira-kira RM30,000 untuk dua sesi kimoterapi di sebuah hospital swasta dan sekiranya ia tidak berjaya, bapa kepada dua cahaya mata itu perlu menjalani tiga lagi rawatan kemoterapi dengan anggaran kos sebanyak RM200,000.

Sementara itu, selain bergelar pelakon, Fauziah merupakan bekas wartawan. – MalaysiaGazette

Foto Facebook Anwar Ibrahim.