Rafidah Sidik (dua kiri) dan Zainani (tengah) menyampaikan bantuan SSPN kepada penerima dalam majlis penyerahan bantuan itu di Balai Raya Jalan Sawi, Kluang, hari ini

KLUANG – Seramai 50 asnaf di bandar ini membuka tabung Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi membolehkan mereka mempunyai tabungan sendiri dan sebagai  persediaan pendidikan pada masa depan.

Pengurus Jualan PTPTN Kluang, Maslina Abdullah berkata, usaha itu untuk menggalakkan ibu bapa menabung sebagai persediaan awal membantu anak-anak dalam pembelajaran sekiranya diperlukan kelak.

“Secara dasarnya mereka boleh menambah tabungan walaupun dengan hanya RM1 selepas adanya akaun didalam SSPN dan bantuan ini bagi diharapkan menjadi galakkan kepada mereka untuk membuat simpanan di sini.

“Setiap seorang kami berikan satu akaun RM100 serta satu kit makanan dan mereka boleh membuat tambahan pada bila-bila masa dengan jumlah serendah RM1 sahaja.

“Usaha ini dilakukan sebagai kempen kepada orang ramai untuk membuat simpanan di SSPN kerana ia menyediakan manfaat besar kepada anak-anak yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi selain manfaat lain disediakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),” katanya.

Maslina berkata demikian ketika ditemui dalam majlis penyerahan bantuan SSPN anjuran Yayasan Perbandaran Kluang (YPK) di Balai Raya Jalan Sawi di sini hari ini.

Sementara itu, Pengurus Yayasan Perbandaran Kluang (YPK), Zainani Jamaluddin menyambut baik usaha itu yang secara tidak langsung membantu golongan kurang berkemampuan dalam menyediakan persediaan pembelajaran anak-anak mereka.

Pihaknya sedia menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak dalam usaha membantu golongan asnaf agar mereka mempunyai persediaan dalam pengurusan memenuhi keperluan pendidikan anak-anak.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here