PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

MELAKA – Polis menahan tiga lelaki dan dua wanita selepas disyaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) dianggarkan bernilai RM8,500 di Sungai Rambai, Jasin, di sini hari ini.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata, kesemua suspek berusia antara 19 dan 37 tahun itu ditahan di sekitar daerah Jasin serta Muar dan Tangkak, Johor

Beliau berkata, ujian saringan air kencing mendapati seorang daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine.

Menurutnya tangkapan dilakukan susulan satu laporan polis dibuat seorang Juruteknik TM pada 1.45 pagi tadi setelah menerima maklumat daripada Sistem Alarm Fiber berkaitan kerosakan kabel di Sungai Rambai, Jasin.

“Pemeriksaan yang dijalankan di lokasi mendapati terdapat kabel lebih kurang 250 meter telah dipotong,”  katanya dalam kenyataan malam ini.

Zainol berkata, turut dirampas dua kenderaan, lapan gelung kabel telekomunikasi dan beberapa peralatan yang dipercayai digunakan bagi memotong kabel. — BERNAMA