Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Ketua Jurulatih Skuah Harimau Malaya, Kim Pan Gon menyenaraikan 25 pemain ke kem latihan pusat yang bermula Jumaat ini bagi menghadapi dua perlawanan Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Republik Kyrgyz dan Chinese Taipei pada bulan ini.

Daripada jumlah itu, lima pemain kembali tersenarai manakala 20 pemain telah dipanggil pada kem latihan pusat terdahulu bagi Pestabola Merdeka 2023, Oktober lalu.

Lima pemain yang kembali tersenaarai ialah penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman; pemain pertahanan, Shahrul Saad dan Syahmi Safari; pemain tengah, Afiq Fazail serta pemain sayap, Mohamadou Sumareh.

Menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), bagaimanapun, dua pemain iaitu Syamer Kutty Abba dan Nor Azam Abdul Azih masing-masing tidak dapat dipanggil kerana mengalami kecederaan.

Skuad Harimau Malaya akan menentang Republik Kyrgyz pada 16 November ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebelum terbang ke Taiwan bagi perlawanan kedua bertemu Chinese Taipei pada 21 November depan.

Berikat adalah senarai pemain ke kem latihan skuad Harimau Malaya:

Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Matthew Davies, La’vere Lawrence Corbin-Ong, Endrick Dos Santos, Arif Aiman Mohd Hanapi, Muhammad Safawi Rasid, Muhammad Akhyar Abdul Rashid, Shahrul Mohd Saad, Muhammad Syahmi Safari, Mohd Afiq Faqzail, Mohamadou Sumareh (JDT), Sharul Nazeem Zulpakar, Brendan Gan, Mohamad Faisal Abdul Halim, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor FC), Dominic Tan, Stuart John Wilkin, Darren Lok (Sabah FC), Paulo Josue, Muhammad Azri Ab Ghani (Kuala Lumpur City FC), Muhammad Azam Azmi Murad (Terengganu FC), Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (Negeri Sembilan FC), Dion-Johan Cool (Bururam United), Junior Eldstal (Dewa United FC), Nooa Hamzah Laine (SJK Seinajoki FC).- MalaysiaGazette