Lee Zii Jia.

KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengesahkan tidak akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Badminton Masters Korea Selatan yang bakal membuka tirai di Gwangju, Korea Selatan esok.

Dalam kejohanan itu, ZIi Jia diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan, di belakang pemain Taiwan, Chou Tien Chen.

Namun dia tidak dapat meneruskannya setelah mendapat saranan daripada pihak perubatan.

Perkembangan itu dimaklumkan Zii Jia menerusi pengurusannya, Team LZJ di laman media sosial, X hari ini.

“Selepas mendapat saranan daripada pihak doktor dan pakar fizikal, Team LZJ bersetuju bahawa adalah lebih baik Lee Zii Jia untuk berehat sebelum kembal beraksi semula.

“Tiada apa yang serius untuk dirisaukan, terima kasih untuk segala ucapan dan semoga kita berjumpa lagi lain kali,” jelas pihak Team LZJ.

Ketiadaan Zii Jia dan Tze Yong akan digalas oleh tiga lagi wakil negara dalam acara itu, antaranya Cheam Jun Wei, Soong Joo Ven serta juara Masters Kuala Lumpur 2023, Leong Jun Hao.

Terdahulu, seorang lagi pemain negara, Ng Tze Yong turut mengundurkan diri atas sebab yang sama setelah mengharungi jadual yang pada bulan lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast