WASHINGTON – Jabatan Negara Amerika Syarikat telah meluluskan penjualan peralatan untuk kit yang mengubah bom tidak berpandu kepada peluru berpandu GPS yang lebih tepat bernilai RM1.4 bilon (AS$320 juta) kepada Israel.
The New York Times memperolehi surat kontak yang dihantar oleh jabatan itu kepada Kongres.
Israel telah menggunakan kit tersebut yang dibeli sebelum ini semasa melakukan pengeboman di Gaza sejak 7 Oktober yang telah mengorbankan lebih 10,000 nyawa rakyat Palestin.
Menurut akhbar tersebut, senjata amunisi udara Israel sebahagian besarnya terdiri daripada bom 1,000 dan 2,000 paun iaitu antara yang terbesar digunakan oleh mana-mana pasukan tentera.
Negara Zionis itu telah menggugurkan sekurang-kurangnya dua bom seberat 2,000 paun dalam serangan udara pada 31 Oktober di kawasan kem perlarian di Jabaliya yang padat di Gaza.
Serangan itu membunuh beratus orang orang dan mencederakan ramai yang lain yang mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa.
Jabatan Negara menghantar surat mengenai penjualan peralatan bom yang baru ke pejabat kongres pada hari sama pengeboman atas Jabaliya.
Surat itu mengatakan bahawa Rafael Advanced Defence Systems pembuat senjata yang dimiliki oleh Kementerian Pertahanan Israel, membayar AS$320 juta untuk peralatan dan perkhidmatan untuk “Spice Family Gliding Bomb Assemblies”.
Permintaan Israel untuk kebenaran membeli peralatan bom itu telah dilakukan awal tahun ini.
Ia telah melalui proses semakan tidak rasmi dengan jawatankuasa kongres, tetapi tidak mendapat kelulusan akhir Jabatan Negara sebelum serangan 7 Oktober.
Pesanan awal yang dibuat oleh Rafael Advanced Defense Systems untuk jenis peralatan yang sama, dan bernilai hampir AS$403 juta, telah diluluskan oleh jabatan itu pada 5 Februari, menurut surat itu.- Agensi
Jahanam dan celaka AS dan Israel