TEL AVIV – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tidak menyembunyikan niatnya untuk menjajah Gaza selepas ‘perang’ tamat.

Dalam satu temubual dengan ABC News, Netanyahu memberitahu, Israel akan mempunyai ‘tanggungjawab keselamatan keseluruhan’ untuk Gaza ‘selama-lamanya’ selepas serangan dilakukan terhadap wilayah itu tamat.

“Saya fikir Israel mempunyai tempoh yang tidak ditentukan, akan mempunyai tanggungjawab keselamatan keseluruhan kerana kita telah melihat apa yang berlaku apabila kita tidak memilikinya.

“Apabila kita tidak mempunyai tanggungjawab keselamatan itu, apa yang kita ada ialah letusan keganasan Hamas pada skala yang tidak dapat kita bayangkan,” katanya.

Kenyataan Netanyahu itu adalah senada dengan pendirian yang telah dinyatakan oleh pegawai Israel yangn tidak mahu dinyatakan dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Pentadbiran Presiden Joe Biden sebelum ini telah menyuarakan bantahannya terhadap senario itu sambil memberi amaran kepada Israel bahawa kemungkin negara itu ‘terperangkap’ di Gaza jika ia tidak mula merangka rancangan untuk siapa yang akan mentadbir di Gaza.

Kenyataan itu susulan komen pegawai Israel lain yang mengatakan bahawa Israel perlu mengekalkan kehadiran tentera di dalam Gaza untuk berfungsi sebagai penampan melindungi orang awam Israel. – Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast