Tengku Panglima Perang, Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah (tengah) menghadiri Majlis Perasmian Z-Point PKZ di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Setiap pembayar zakat di negeri ini bakal menerima mata ganjaran menerusi Z-Point atas setiap transaksi yang dilakukan sama ada bersemuka atau atas talian.

Mereka boleh menebus mengikut nilai terkumpul, kata Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang, Datuk Halidan Md Daud.

Menurut beliau, inisiatif tersebut merupakan penghargaan kepada kesetiaan pelanggan dengan menggantikan cenderahati kepada bentuk nilai mata digital.

“Z-Point adalah program Kesetiaan Pelanggan (Loyalty Program) yang menawarkan point untuk ditukarkan kepada baucer, promosi esklusif dan juga wakaf.

“Mata ganjaran yang diberikan kepada pembayar zakat yang membuat bayaran zakat di mana-mana platform yang disediakan oleh Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang,” katanya selepas Majlis Perasmian Z-Point di Tasek Kotasas di sini hari ini.

Hadir sama majlis perasmian ialah Tengku Panglima Perang,  Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman.

Halidan berkata, Z-Point ini boleh ditebus bermula 16 Oktober lalu dan tiada tarikh luput di mana penebusan boleh dibuat di 22 buah kedai wakil niaga yang telah disenaraikan.

Tambah Halidan, wakil niaga terdiri daripada usahawan pembayar zakat dan akan ditambah dari semasa ke semasa.

Selain itu, Z-Point juga boleh ditebus dan digunakan untuk berwakaf di Wakaf Pahang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast