Joe Biden Foto: X

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengakui telah meminta Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu untuk ‘berhenti sebentar’ daripada melakukan serangan ke atas Gaza.

Bercakap kepada wartawan di sini hari ini, Biden telah membuat permintaan itu semalam bagi membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan ke Gaza.

“Saya tidak mendapat peluang untuk bercakap dengannya hari ini. Saya memang memintanya untuk berhenti seketika pada masa lalu — semalam. Masih menunggu untuk mendengar,” kata Biden seperti yang dilaporkan CBC News.

Biden bagaimanapun tidak memberitahu tempoh berapa lama serangan patut dihentikan oleh Israel.

Pemimpin Israel itu sebelum ini berkali-kali menegaskan tidak akan memberhentikan serangan selagi sejumlah tebusan yang ditahan Hamas tidak dibebaskan.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast