Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengekalkan harga runcit minyak masak sawit tulen dalam botol berkuatkuasa 8 November hingga 7 Disember ini.

Dengan pengekalan itu, harga minyak masak 1 kilogram (1kg) dijual pada harga RM6.90, 2kg (RM13.30), 3kg (RM19.60) dan 5kg (RM30.90).

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata, mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksima boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Individu yang terlibat boleh dikenakan penalti oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau
dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya manakala syarikatboleh didenda sehingga RM500,000. – MalaysiaGazette