Israel mendakwa sudah menguasai Gaza.

BAITULMAQDIS – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata, tidak akan ada gencatan senjata atau penghantaran bahan api ke Semenanjung Gaza melainkan tebusan yang ditahan oleh Hamas dibebaskan.

“Tidak akan ada kemasukan petrol atau gencatan senjata tanpa pembebasan tebusan kami,” kata Netanyahu dalam satu kenyataan di televisyen.

Kumpulan Palestin Hamas dipercayai menahan sekurang-kurangnya 242 tebusan berikutan serangan rentas sempadannya ke wilayah Israel pada 7 Okt.

Netanyahu mendakwa, tentera Israel menguasai sebahagian besar Gaza berbanding apa yang pernah dibayangkan oleh Hamas.

“Bandar Gaza sudah kami dikelilingi. Kami beroperasi di dalamnya, kami memperdalam tekanan terhadap Hamas setiap jam, setiap hari,” tambahnya.

Israel telah melancarkan serangan udara dan darat ke atas Semenanjung Gaza berikutan serangan rentas sempadan oleh Hamas pada 7 Oktober lalu.

Sekurang-kurangnya 10,328 rakyat Palestin, termasuk 4,237 kanak-kanak dan 2,719 wanita, telah terbunuh sejak itu.

Sementara itu, jumlah kematian di Israel, pula hampir 1,600, menurut angka rasmi.

Selain jumlah korban yang besar dan pemindahan besar-besaran, bekalan asas semakin berkurangan untuk 2.3 juta penduduk Gaza akibat pengepungan Israel. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast