Tia atau nama sebenarnya, Shamsul Bakhtiar Zakaria.

KUALA LUMPUR – Jenazah bekas vokalis kumpulan Jinbara, Tia atau nama sebenarnya, Shamsul Bakhtiar Zakaria selamat dikebumikan  di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kota Raja, Klang pagi ini.

Arwah Tia meninggal dunia malam tadi di Hospital Shah Alam (HSA) malam tadi akibat kanser hati.

Kelmarin, balu arwah Tia melancarkan tabung untuk mengumpul dana sebanyak RM250,000 bagi membolehkan suaminya menjalankan pemindahan hati di Hospital Medanta New Delhi, India tetapi hasrat itu tidak kesampaian.

Rabu lalu, Arwah Tia dimasukkan ke HSA selepas mengadu sakit perut.

Hasil ujian dijalankan penyanyi yang popular dengan lagu Farhana itu disahkan menghidap kanser hati.

Tia berkahwin dengan Suzan pada 2019, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast