KUALA LUMPUR – Juara Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali merampas takhta kelab nombor satu Asia Tenggara selepas mengumpul 74.3 mata untuk berada di tangga 391 dunia.
Ia usulan dari kemenangan itu, skuad kendalian Esteban Solari kembali ke kedudukan teratas kelab Asia Tenggara mengatasi kelab Thailand, Buriram United dalam kemas kini terbaharu laman Opta Analyst.
Harimau Selatan meraih kemenangan kedua dalam Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) apabila mengatasi gergasi Korea Selatan itu 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim.
Kedudukan itu turut menyaksikan JDT menjadi satu-satunya kelab dari Malaysia yang berada dalam kelompok 500 kelab terbaik dunia dengan Selangor di tangga ke-1900 dan Terengganu 1947.
JDT menghuni tangga ke-22 di Asia di hadapan Buriram United (kedudukan ke-48), Melbourne City (36) dan BG Pathum United (121).
Untuk rekod, kelab milik Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu pernah berada di kedudukan teratas Asia Tenggara pada Ogos lalu apabila menghuni tangga 415 dunia. – MalaysiaGazette