Seorang pemandu pikap gagal membrek kenderaannya lalu merempuh seorang pejalan kaki yang sedang melintas jalan di Kilometer 22, Jalan Lipis- Merapoh malam tadi.

LIPIS – Seorang pemandu pikap gagal membrek kenderaannya lalu merempuh seorang pejalan kaki yang sedang melintas jalan di Kilometer 22, Jalan Lipis- Merapoh malam tadi.

Ketua Polis Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, mangsa Andi Aziz Berlian, 75, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan akibat kecederaan parah.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila  pemandu bersama empat orang penumpang dari Padang Tengku menghala ke Merapoh.

”Kemalangan membabitkan pemandu kenderaan pikap 4×4 Jenis Toyota Hilux melanggar seorang pejalan kaki di KM22 Jalan Lipis – Merapoh dalam kejadian 7.10 malam tadi.

”Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba pemandu telah melihat mangsa telah melintas jalan dari arah kiri jalan ke kanan dalam keadaan berlari,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Azli, pemandu telah membrek kenderaannya namun tidak dapat mengelak lalu merempuh warga emas berkenaan.

Akibat kemalangan tersebut, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis oleh ambulan untuk dirawat.

”Pada  8.30 malam pegawai penyiasat telah terima makluman daripada Hospital Kuala Lipis mengatakan mangsa telah meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital Kuala Lipis.

”Hasil siasatan awal, mendapati kemalangan berlaku di atas kecuaian mangsa semasa melintas jalan,” ujarnya.

Kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast