Mohd Yusri Hassan Basri

IPOH – Polis akan merujuk semula kertas siasatan berhubung kes buli di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) susulan beberapa arahan baharu diberikan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya telah menyerahkan kertas siasatan tersebut kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Perak, Isnin lalu dengan cadangan pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Susulan itu, kertas siasatan tersebut dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) Putrajaya pada 9 November untuk arahan dan nasihat selanjutnya.

“Bagaimanapun, AGG telah memberikan beberapa arahan khusus termasuk mendapatkan penuh perubatan mangsa untuk melengkapkan siasatan.

“Tindakan sedang diambil oleh pihak polis berdasarkan arahan AGC dan kita akan merujuk semula kertas siasatan kes tersebut dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MalaysiaGazette pada Rabu lalu melaporkan Kementerian Pendidikan (KPM) akan menjalankan siasatan secara adil berhubung kes buli di MCKK tanpa mengira latar belakang murid terlibat.

Timbalan Menteri KPM, Lim Hui Ying berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan ada campur tangan pihak berpengaruh dalam kes buli membabitkan pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima MCKK pada 24 September lalu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast