GENEVA – Pejabat Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak dapat menghantar trak bantuan ke utara Gaza ketika perang di kawasan berkenaan yang dikepung.

Lantaran itu jurucakapnya, Jens Laerke menyifatkan: “Jika ada neraka di bumi, ia adalah utara Gaza”.

Menurutnya, penduduk yang masih hidup di situ hidup dengan kelilingi mayat, kekurangan makan dan minum, tiada tempat tinggal dan terpaksa bergelap.

Penduduk Gaza berada dalam kegelapan sejak 10 Oktober selepas bekalan elektrik diputuskan oleh Israel dan bekalan bahan api tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan.

“Bagaimana keadaan kanak-kanak di sana? Ia adalah sukar dibayangkan,” ujarnya.

Laerke berkata, trak kemanusiaan PBB sampai ke selatan Semenanjung Gaza, bagaimanapun, mereka tidak dapat menghantar bantuan ke bahagian utara di mana ratusan ribu orang masih tinggal di situ.

Sekumpulan pakar PBB baru-baru ini memberi amaran bahawa rakyat Palestin “berisiko besar untuk pembunuhan beramai-ramai” selepas Israel mengekalkan kepungan sepenuhnya di Semenanjung Gaza.

Sekurang-kurangnya 10,812 rakyat Palestin, termasuk 4,412 kanak-kanak dan 2,918 wanita, telah terbunuh di Gaza setakat ini. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast