Foto: IPD Batu Pahat

JOHOR BAHRU – Seorang pelajar sekolah menengah maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah treler membawa kenderaan baharu di Jalan Muar-Yong Peng, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, dalam kejadian jam 5.30 petang itu, Muhammad Danish Ikmal Dinee yang menunggang motosikal Yamaha 125Z dari arah Yong Peng ke Batu Pahat cedera parah di bahagian muka dan kepala.

“Sampai di tempat kejadian tiba-tiba simati telah hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan,” katanya.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.