Terengganu FC II (TFC II) mengesahkan status selaku skuad Bawah 23 tahun (B-23) terbaik musim ini selepas menjulang Piala Liga Bolasepak Malaysia (MFL) 2023 . Foto Facebook MFL.

KUALA LUMPUR – Terengganu FC II (TFC II) menjulang Piala Liga Bolasepak Malaysia (MFL) 2023 selepas menewaskan 1-0 ke atas Johor Darul Ta’zim II (JDTII) pada aksi final, malam tadi.

TFC II mengesahkan status pasukan liga simpanan bawah 23 tahun terbaik musim ini menerusi pemain gantian, Muhammad Isa Raman yang muncul wira TFC II Cheras apabila meledak gol kemenangan ketika masa sebenar berbaki tiga minit selepas menghukum kesilapan pertahanan JDT II.

Ia selepas Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri gagal menahan bola dengan kemas pada minit ke-87 yang dimanfaatkan Muhammad Isa yang melakukan percubaan jauh menewaskan Zulhilmi untuk gol kemenangan TFC II.
Dalam aksi final itu, skuad kendalian Hairuddin Omar meletak kepercayaan kepada pemain muda apabila hanya menurunkan seorang pemain import iaitu Jordan Mintah.
TFC II dibimbing oleh Hairuddin Omar (kanan). Foto Facebook MFL.
Sementara JDT II menambah kekuatan mereka dengan menyenaraikan pemain import dari Liga Super seperti Shane Lowry dan Oscar Arribas selain kehadiran Endrick dos Santos di bahagian tengah.
Hasil daripada kemenangan ini, TFC II turut membawa pulang ganjaran berupa wang tunai berjumlah RM500,000 selain trofi kejuaraan dan medal.
Jaib juara, JDT II pula meraih wang tunai berjumlah RM250,000.

Sementara itu, pemain tengah TFC II, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir. – MalaysiaGazette

Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir.