Benjamin Netanyahu

TEL AVIV – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu membuat ugutan terhadap pemimpin Arab agar mengambil pendirian berdiam diri berhubung tragedi kemanusiaan di Gaza.

Netanyahu berkata, kepentingan pemimpin Arab akan dijaga jika mereka terus mengambil pendirian berdiam diri.

Beliau memberi amaran kepada pemimpin dunia Arab dalam bahasa Hebrew yang tular di media sosial.

“Saya katakan kepada pemimpin Arab, jika akan mahu menjaga kepentingan anda, anda harus lakukan perkara ini…. terus berdiam diri,” kata Netanyahu.

Pemimpin Arab dan Islam sebelum ini mengadakan Sidang Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengenai serangan Israel terhadap Gaza.

Empat negara Arab iaitu Bahrin, Emeriah Arab Bersatu, Arab Saudi dan Maghribi menolak lima usul yang dicadangkan dalam persidangan berkenaan.

Usul terbabit antaranya mengancam untuk menggunakan minyak dan kemampuan ekonomi Arab untuk memberi tekanan supaya Israel menghentikan keganasan di Gaza.

Selain itu melarang syarikat penerbangan awam Israel melintasi ruang udara negara-negara Arab.

Mencegah penggunaan ketenteraan Amerika Syarikat dan nengara-negara Arab lain untuk memasuki negara Israel dengan senjata dan kelengkapan lain.

Usul lain termasuk membekukan hubungan diplomatik, ekonomi, keamanan dan ketenteraan Arab dengan Israel.-Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast