Askar Israel yang dikerah memasuki kawasan Gaza.

TEL AVIV – Serangan mortar pasukan Hizbullah dari Lubnan telah mencederakan 22 penduduk Israel di bahagian utara.

Dalam satu insiden beberapa kenderaan berhampiran komuniti utara Dovev, berhampiran dengan sempadan, terkena serangan tersebut yang melibatkan pekerja Israel Electric Corporation yang tiba untuk membaiki talian elektrik yang rosak akibat kebakaran sebelum ini.

Menurut The Times of Israel serangan turut menyebabkan tujuh anggota Pasukan Pertahanan negara Zionis itu cedera.

Pusat Perubatan Ziv di Safed berkata, ia telah menerima 14 daripada yang cedera daripada serangan Dovev, seorang dalam keadaan serius, dan selebihnya cedera ringan.

Empat lagi askar cedera ringan dalam serangan mortar turut dibawa ke Ziv.

Hospital Rambam di Haifa pula telah menerima tiga daripada mangsa – kesemuanya tentera – yang turut tercedera.

Hizbullah mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, dan mendakwa dalam satu kenyataan bahawa ia mengenai tentera yang memasang peralatan pengawasan.

IDF mendakwa kira-kira 15 roket ditembak dari Lubnan di utara Israel, dengan empat peluru dipintas oleh sistem pertahanan udara Iron Dome.

Selebihnya mendarat di kawasan lapang, tidak menyebabkan kecederaan atau kerosakan.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast