sejak 100MIYE diadakan pada tahun 2016, anugerah itu tidak pernah gagal meraikan usahawan muda yang sentiasa bekerja keras untuk berjaya, berani mengambil risiko, menjadi ketua, pemimpin dan majikan yang dihormati pekerja.

KUALA LUMPUR – Anugerah 100 Most Influential Young Entrepreneurs (100 MIYE) telah memberi pengiktirafan kepada 700 usahawan muda yang paling berpengaruh di negara ini sepanjang tujuh tahun penganjurannya.

Pengerusi penganjurnya, Datuk KK Chua berkata, 100 MIYE tahun ini  meletakkan anugerah pada tahap yang lebih tinggi selaras meningkatkan lagi kejayaan kalangan usahawan dengan menaik taraf pengetahuan, kemahiran dan corak pemikiran mereka.

Bukan itu sahaja kata, menerusi 100 MIYE, penganjur juga telah berjaya mewujudkan platform kepada usahawan daripada pelbagai kaum bagi memupuk silaturahim dan hubungan di antara mereka.

“Kami meraikan usahawan muda yang sentiasa bekerja keras untuk berjaya, berani mengambil risiko, menjadi pemimpin dan majikan yang dihormati pekerja, memiliki sikap positif dan aktif melakukan aktiviti tanggungjawab korporat sosial (CSR),” katanya pada majlis MIYE 100 yang berlangsung di sini baru-baru ini.

Cetusan idea untuk menganjurkan 100MIYE bermula dengan kejayaan majalah keusahawan iaitu Entrepreneur Insight yang kini adalah majalah keusahawanan terlaris di Malaysia.

Entrepreneur Insight terbitan Armani Media Sdn Bhd dan selaku penganjur 100MIYE.

Presiden dan CEO Kumpulan Affin Bank, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali (tengah) menerima anugerah Leadership Excellence Award pada MIYE 100 tahun ini.

Mengulas lanjut, Chua berkata, setiap tahun daripada hampir 900 pencalonan yang diterima tetapi hanya 100 calon dibawa ke peringkat akhir.

Tambah beliau, antara kriteria kelayakan pencalonan 100 MIYE adalah calon terbuka lelaki atau wanita yang berumur di bawah 45 tahun, pengasas syarikat yang beroperasi sekurang-kurangnya dua tahun dan memiliki kepentingan kawalan majoriti syarikat.

Selain itu kata beliau, perolehan tahunan syarikat pula adalah sebanyak RM3 juta dan ke atas selama tiga tahun berturut-turut.

Beliau menjelaskan, pencalonan dibahagikan kepada 15 kategori antaranya dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan pembuatan.

“Bagi membantu usahawan menuju ke arah itu, kami akan mengadakan konvensyen usahawan Bumiputera untuk memberi lebih pendedahan kepada perniagaan mereka.

“Kami juga mahu menjadikan mereka komuniti yang saling membantu menerusi rangkaian hubungan masing-masing dengan bertukar pendapat bagi melahirkan idea baharu,” katanya.

Mengulas lanjut, Chua menambah, sejak 100MIYE diadakan pada tahun 2016, anugerah itu tidak pernah gagal meraikan usahawan muda yang sentiasa bekerja keras untuk berjaya, berani mengambil risiko, menjadi ketua, pemimpin dan majikan yang dihormati pekerja.

Untuk rekod, terdapat kira-kira 3.2 juta pengusaha kecil dan sederhana (SME) di Malaysia. – MalaysiaGazette

Selebriti Fazura dipilih Usahawan Wanita Terbaik Tahun ini pada MIYE 100..

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast