Home Utama Berat hati tinggalkan Palestin tetapi keadaan semakin teruk – Nurul Ain

Berat hati tinggalkan Palestin tetapi keadaan semakin teruk – Nurul Ain

SEPANG – Rakyat Malaysia yang berada di kawasan konflik Gaza, Nurul Ain Haron sebak dan mengalirkan air mata sebaik keluar dari balai ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini malam ini.

Beliau dan suaminya, Mohamed AM Shaat, 33, disambut oleh ibu bapa Nurul Ain, Harun Hamim, 65, dan Mastura Yusof, 61.

Mereka dilihat berpelukan erat sambil masing-masing mengesat air mata.

Warganegara Malaysia, Nurul Ain Haron, 37 yang berada di kawasan konflik Gaza bersama suaminya warga Palestin, Mohamed A.M Shaat, 33 selamat tiba di Malaysia ketika di Balai Ketibaan, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA 1). Foto WAN NABIL NASIR, 14 NOVEMBER 2023.

“Alhamdulillah saya dan suami selamat tiba di KLIA, kami pada mulanya tak nak keluar (dari Palestin) kerana keluarga mertua masih di sana tetapi keadaan menjadi semakin memburuk.

“Keadaan yang luar biasa lebih dari tahun 2014 jadi saya dan suami kata kita kena keluar kerana suami kerja kalau tak sambut kerja bagaimana dia nak sara keluarga,” katanya sebaik tiba di pintu kenamaan KLIA.

Paling gembira melihat Nurul Ain adalah bapanya, Harun Hamim yang menunggu di KLIA sejak 8.30 malam.

Beliau berasa syukur kerana anaknya pulang dalam keadaan selamat.

“Mula-mula itu rasa takut bila ada peperangan dan begitu juga dengan perkataan genocide yang akan ‘menyapu habis’ semua umat Palestin dekat sana tetapi bila melihat dia (Nurul Ain) memuat naik video membuat kerja amal di sana, sejuk hati saya sebagai seorang ayah.

“Dapat dilihat wajah dia dalam video begitu kuat jati dirinya, kalau dia kuat kami sebagai ibu bapa kena lebih kuat supaya semangat dia tidak patah di sana (Palestin).

“Dia ada cakap inilah peluang dia untuk berbakti dalam Islam iaitu jihad tetapi jika diberi peluang dia akan keluar namun jika suami dia tidak dapat (keluar) maka dia akan tinggal di Gaza,” katanya dalam sidang media.

Beliau berkata, kali terakhir bertemu dengan anak sulungnya itu tahun lalu dan hanya mengetahui keadaan anaknya melalui media sosial. – MalaysiaGazette

Lagi berita menyusul…

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast