LONDON – Dua kelab Liga Perdana Inggeris iaitu Chelsea dan Newcastle United menunjukkan minat terhadap pemain sayap Barcelona, Raphinha, menurut laporan dari Sport.
Blaugrana bagaimanapun dilaporkan belum membuat keputusan mengenai masa depan pemain berusia 26 tahun itu setelah prestasi buruk dalam Liga LaLiga baru-baru ini.
Raphinha sebelum ini menolak perpindahan ke Stamford Bridge selepas membuat keputusan untuk menyertai Barcelona dari Leeds United pada 2022.
Walaupun minat muncul semula pada musim panas, dia tidak mempunyai keinginan untuk meninggalkan pasukan pengurus Xavi Hernandez.
Ini kerana selepas musim pertama di mana dia berjaya menjaringkan sebanyak tujuh gol dari 36 perlawanan untuk membantu menjuarai gelaran Liga.
Malah Pengarah Sukan Barca, Deco percaya Raphinha dapat memainkan peranan penting dalam skuad walaupun kelab bersedia untuk mempertimbangkan tawaran untuk tandatangannya pada akhir musim ini jika tiada tanda-tanda peningkatan dalam prestasi semasanya.
Terdahulu, pemain antarabangsa Brazil ini telah menjaringkan dua gol dalam 11 penampilan di semua pertandingan pada musim ini. – Agensi