KUALA LUMPUR – Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) melantik Mohd. Syahrizan Mohd. Zain sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) yang baharu, menurut kenyataan kelab itu.
Keputusan pelantikan telah dibuat secara rasmi melalui Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah TFCSB tahun 2023 yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO Negeri Terengganu merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim.
“Kami dari seluruh keluarga besar Terengganu Football Club ingin mengucapkan tahniah buat Mohd. Syahrizan Mohd. Zain atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Operasi Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) yang baharu.
“Mohd. Syahrizan sebelum ini menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Teknikal di TFCSB dan antara individu yang banyak menyumbang dalam perkembangan kelab ini sejak Terengganu FC diwujudkan pada tahun 2018.
“Pelantikan ini juga adalah kesinambungan dari keputusan temuduga yang telah diadakan pada bulan Oktober yang lepas.
“Keluarga besar Terengganu Football Club sekali lagi ingin mengucapkan tahniah serta selamat bertugas buat Encik Mohd Syahrizan Mohd Zain!” kata kenyataan itu di Facebook kelab itu. – MalaysiaGazette