Semua golongan penghantar makanan di Pahang dipelawa memohon Bantuan Prihatin Pahang (BPP) sebanyak RM200

KUANTAN – Semua pengahantar makanan yang berkelayakan di Pahang berpeluang menerima Bantuan Prihatin Pahang (BPP) sebanyak RM200.

Menerusi poster BPP, permohonan boleh dilakukan selewat-lewatnya jam 5 petang 19 November ini melalui pautan  https://tinyurl.com/BPPFoodRider atau mengimbas kod QR BPP.

”Kerajaan Negeri Pahang dengan sukacitanya ingin memberikan penghargaan khusus kepada para penghantar makanan yang telah memberikan sumbangan tanpa henti kepada masyarakat di negeri Pahang.

”Oleh yang demikian, penghantar makanan yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima sumbangan tunai berjumlah RM 200,” katanya.

Antara syarat kelayakan yang harus dipatuhi ialah pemohon adalah pemilih berdaftar negeri Pahang dan berkhidmat di dalam negeri ini.

Selain itu, pekerja penghantar makanan perlu berstatus akif yang mana masih melakukan tugasan menghantar makanan.

Sebarang pertanyaan boleh diajikan kepada Unit Perancangan Operasi dan Data Strategik Negeri Pahang (UPODS) dengan menghubungi talian 09-5137064.

Terdahulu kerajaan negeri Pahang memperuntukkan RM4.06 juta melalui kluster Pemandu Teksi, Penjaja Harian, Food Rider, dan MyLesen Prihatin Pahang yang dilancarkan pada 14 September lalu.

Daripada jumlah itu, penghantar makanan atau Food Rider akan menerima RM200 melibatkan 5,000 penerima, dengan jumlah peruntukan keseluruhan RM1 juta. – MalaysiaGazette