NEW YORK – Peru memohon kepada Malaysia untuk membuka sebuah pejabat di negara itu sebagai pemudah cara bagi mendapatkan pensijilan halal untuk produk keluaran Peru.
Permintaan itu disampaikan oleh Presiden Peru Dina Ercilia Boluarte Zegarra kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan pertemuan dua hala sempena Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini.
“Dalam pertemuan ini, saya juga menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak berkuasa Peru kerana menyelamatkan dan membantu 43 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan eksploitasi buruh di Peru baru-baru ini.
“Selain itu, kami berdua turut membincangkan aspek peluang kerjasama ekonomi antara kedua-dua selain menyentuh isu pemerkasaan wanita dan perubahan iklim,” katanya dalam perkongsian di media sosial.
Anwar berkata, Malaysia juga menyokong usaha Peru untuk mewujudkan status Perkongsian Pembangunan dengan ASEAN.
Dalam pertemuan itu Boluarte turut mempelawa Anwar ke Peru tahun depan sempena Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2024 yang akan dipengerusikan negara oleh itu.-MalaysiaGazette