Tangkap layar klip video tular.

KUALA LUMPUR – Satu klip video lelaki persis wajah seorang bekas ketua pengarah di sebuah jabatan kerajaan merayu untuk melakukan hubungan sejenis tular di media sosial.

Dalam video berdurasi 3 minit itu lelaki tersebut melakukan panggilan video terhadap seorang individu bernama Wahab dan merayu beliau untuk mengadakan hubungan terlarang dan dikutuk oleh agama.

Video berkenaan turut dikongsi oleh Sekretariat Himpunan Selamatkan Malaysia, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard di media sosial beliau.

Media semalam melaporkan ketua pengarah sebuah jabatan yang wajahnya serupa dengan lelaki di dalam video berkenaan telah menghantar surat peletakan jawatan berkuat kuasa pada 15 Disember ini.

Lelaki tersebut difahamkan sedang menghabiskan cuti sehingga tamat tempoh perkhidmatan mengikut tarikh tersebut.- MalaysiaGazette