Laporan media Barat menunjukkan pendatang Yahudi membawa senjata dan menyerang penduduk Palestin.

NEW YORK – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) akan menguatkuasakan larangan kemasukan pelampau Yahudi dari Israel yang menyerang penduduk Palestin di Tebing Barat.

Presiden AS, Joe Biden menyatakan ketegasan yang paling keras setakat ini terhadap keganasan di Tebing Barat dalam satu pendapat yang diterbitkan dalam Washington Post.

“Saya telah tegaskan dengan pemimpin Israel bahawa keganasan pelampau (Yahudi) terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat mesti dihentikan dan mereka yang melakukan keganasan mesti bertanggungjawab

“AS bersedia untuk mengambil langkah kita sendiri, termasuk mengeluarkan larangan visa terhadap pelampau yang menyerang orang awam di Tebing Barat,” tegasnya.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan kebimbangan peningkatan jumlah serangan pelampau Yahudi yang telah berlaku sebelum dan selepas bermulanya perang Gaza.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lapan rakyat Palestin termasuk seorang kanak-kanak telah dibunuh oleh peneroka haram Yahudi di Tebing Barat dan 74 lagi cedera.

Kira-kira 33 peratus daripada serangan itu disebabkan oleh peluru hidup kata PBB di mana Israel membenarkan orang awam untuk membawa senjata.- Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast