Sesi Dialog Pulangkan Najib yang disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook rasmi Najib Razak

KUANTAN – Keputusan mengekalkan sabitan bersalah Datuk Seri Najib Razak didakwa telah dibuat lebih awal sebelum keputusan itu dibaca pada peringkat Mahkamah Persekutuan.

Peguam Kanan Syarie, Datuk Dr. Mohd Zaidi Md Zain mendedahkan salinan keputusan tersebut telah disiar menerusi blog Raja Petra Kamarudin (RPK) pukul 12 tengah hari pada 23 Ogos tahun lalu.

“Saya terkejut apabila saya terima verdict yang disebarkan bersama dengan alasan penghakiman sekali secara detail oleh RPK yang ketika itu berada di UK (United Kingdom),” katanya.

Mohd Zaidi berkata, beliau ketika itu berada dalam dewan bicara di mana peguam Datuk Hisyam Teh Po Teik masih berucap memohon penangguhan bagi perbicaraan kes tersebut dan mahkamah juga belum membuat keputusan.

kuasa politik
Mohd Zaidi Md Zain

“Hampir 4.30 petang barulah mahkamah baca verdict dan saya dengar sendiri apa yang hakim baca ketika itu, bukan sahaja perkataan, koma dan noktah juga sama dengan apa yang saya terima pukul 12 itu,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai salah seorang panel dalam Sesi Dialog Pulangkan Najib yang disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook rasmi Najib Razak malam ini.

Disebabkan itu, Mohd Zaidi berkatga,  perbicaraan bagi kes SRC International Sdn Bhd yang membabitkan bekas Perdana Menteri itu dilihat tidak adil dan mempunyai unsur-unsur konspirasi.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Selangor  memberitahu telah membuat laporan polis berhubung perkara itu sejurus pulang daripada menghadiri perbicaraan tersebut.

Sebagai rekod, keputusan yang dibuat 23 Ogos tahun lalu oleh panel hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara. Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengekalkan sabitan bersalah, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib sebagai kekal. – MalaysiaGazette