KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memberitahu terdapat individu cuba melakukan penipuan dengan menggunakan gambar profil beliau atas nombor telefon bimbit +- .

Menurutnya, beberapa rakan beliau menerima mesej daripada individu yang menggunakan nombor berkenaan untuk membuka ‘whatsapp group’ dan telah memaklumkan kepadanya.

“Setelah disemak nombor berkenaan turut digunakan di aplikasi whatsapp dan telegram dengan menggunakan gambar profil saya. Laporan telah dibuat kepada pihak pengendali platform whatsapp dan telegram. semakan menerusi truecaller nombor berkenaan menggunakan nama ,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Fadillah juga memberitahu, pada masa sama terdapat juga individu menggunakan gambarnya untuk membuka akaun Facebook dan laporan telah dibuat kepada media sosial mengenai akaun palsu berkenaan.

Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, akaun rasmi Facebooknya adalah https://www.facebook.com/fadillahyusof194?mibextid=ZbWKwL

Manakala akaun FB peribadi miliknya https://www.facebook.com/fadillah.yusof?mibextid=ZbWKwL. – MalaysiaGazette