Sekeping roti memberi makna kepada penduduk di Gaza.

NEW YORK – Rakyat Gaza berjumlah 2.2 juta nyawa memerlukan bantuan makanan segera.

Program Makanan Sedunia (WFP) berkata, kebuluran kini menghantui penduduk Palestin terutama di wilayah yang diserang hebat oleh tentera penceroboh Israel.

“Sekitar 2.2 juta orang di Gaza memerlukan bantuan makanan segera. Sistem makanan sedia ada semakin runtuh dan untuk menjangkau mereka yang memerlukan, WFP dan rakan kongsi memerlukan peningkatan akses dan sumber seperti bahan api, gas dan perhubungan.

“Untuk memberi kesan sebenar, kita memerlukan serangan ganas untuk dihentikan,” kata WEF di platform X.

​WFP sebelum ini telah menyediakan makanan kecemasan dan bantuan wang tunai kepada lebih 700,000 orang di seluruh Gaza dan Tebing Barat.

Pertubuhan itu turut mengadakan kerjasama dengan 23 kedai roti di Gaza pada permulaan respons kecemasannya dengan menyediakan roti untuk 200,000 orang di tempat perlindungan.

“Tetapi sistem makanan runtuh. Kedai roti terakhir yang WFP bekerjasama telah ditutup kerana ia tidak mempunyai bahan api atau gas.

“WFP sedang mengagihkan semua bantuan yang ada di dalam Gaza secepat mungkin tetapi tanpa akses yang selamat, bahan api dan perhubungan keupayaan kami untuk menjalankan operasi kami adalah terhad. Untuk memberi impak yang bermakna, kita perlu menghentikan serangan,” katanya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast