Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa negeri hari ini sehingga 6 petang.

MetMalaysia dalam kenyataan dikeluarkan  3.30 petang memaklumkan, kawasan terlibat ialah Perak (Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Selangor, Wilayah Persekutuan (WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin), Melaka serta Johor (Tangkak, Muar, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).

Di Sarawak meliputi Bintulu dan Sabah pula merangkumi pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan).

Menurutnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast