KUALA TERENGGANU – Jumlah mangsa banjir di Terengganu semakin merekodkan penurunan sehingga 4 petang ini.

Menerusi laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, hanya lima daerah masih terlibat dengan bencana berkenaan di Kuala Terengganu, Besut, Marang, Dungun dan Kuala Nerus.

Bilangan mangsa banjir di negeri itu mencatatkan penurunan kepada 2,311 orang daripada 701 keluarga berbanding 3,581 daripada 1,072 keluarga pukul 8 pagi tadi.

Kuala Nerus masih kekal daerah paling ramai mangsa membabitkan 1,012 daripada 281 keluarga yang ditempatkan di 10 pusat pemindahan banjir (PPS) sehingga petang ini.

Secara keseluruhan lapan daripada 29 PPS telah ditutup sejak jam 8 pagi menjadikan 21 PPS beroperasi menempatkan mangsa banjir di negeri itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast