PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan sudah mempunyai nama calon untuk menggantikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia empat bulan lalu.
Tanpa mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, pengumuman akan dibuat secepat yang mungkin.
“Ada-ada. Secepat mungkin,” jawabnya rungkas selepas menunaikan sokat Jumaat di Surai Al-Furqan, Presint 11, di sini, hari ini.
Pada 23 Julai lalu, Salahuddin meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi.
Sementara itu, Anwar berkata, beliau menerima kaji selidik Merdeka Center yang mendedahkan kadar penilaian kelulusan beliau sebagai Perdana Menteri merosot kepada 50 peratus.
Namun katanya, pandangan dan kajian perlu dijalankan kepada seluruh rakyat negara ini.
“Kita dengar pandangannya, tapi kena cuba menyantuni yang 32 juta orang,” katanya.
Merdeka Center dilaporkan mendapati sehingga Oktober lalu, sebanyak 48 peratus responden tidak berpuas hati dengan prestasi Anwar dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan. -MalaysiaGazette