Jais Abdul Karim SPRM kad pengenalan MCW peguam negara kebocoran data peribadi
Jais Abdul Karim

KUALA LUMPUR – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) meminta Aman Palestin Berhad bersikap lebih profesional dan memberi kerjasama kepada siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Presiden MCW, Jais Abdul Karim berkata, SPRM bertindak berdasarkan data dan fakta.

Menurut beliau, MCW memandang serius terhadap telahan wujud konspirasi dalam isu tersebut.

“Aman Palestin yang mendakwa bahawa mereka adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sudah 18 tahun memperjuangkan hak kemanusiaan sewajarnya lebih matang dan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam proses siasatan ini.

“Biarkan SPRM teruskan siasatan dengan tegas dan adil. Jangan mencabar atau menggugat keadilan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Artikel berkaitan: SPRM dalam proses kenal pasti aset Aman Palestin hasil penyelewengan dana RM70 juta

SPRM beku 41 akaun Aman Palestin, entiti syarikat berjumlah RM15.8 juta

Siasatan ke atas Aman Palestin libatkan cara perbelanjaan, pungutan – SPRM

SPRM: Siasatan Aman Palestin masih berjalan

Aman Palestin nafi seleweng dana awam

Aman Palestin akan saman pemfitnah selepas siasatan SPRM

Aman Palestin: Jongkong emas yang dirampas untuk manfaat pelaburan – Peguam

Semalam, peguam Aman Palestin, Rafique Rashid mendakwa, kenyataan media yang dibuat oleh SPRM pada 23 November lalu pada perenggan ketiga jelas berniat jahat dan sengaja diterbitkan untuk membina persepsi negatif terhadap NGO berkenaan.

Aman Palestin juga meminta SPRM menyahbekukan akaunnya dalam masa tiga hari mulai semalam dan tindakan undang-undang akan diambil sekiranya suruhanjaya itu gagal berbuat demikian.

Walau bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki hari ini menegaskan bahawa siasatan dijalankan secara profesional dan adil tanpa sebarang niat jahat terhadap mana-mana pihak.

Sebelum ini media melaporkan, SPRM mengesahkan pembekuan 41 akaun bank milik Aman Palestin berjumlah RM15,868,762 selepas ekoran siasatan terhadap dakwaan NGO berkenaan menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai. – MalaysiaGazette

Siasatan SPRM profesional, tiada niat jahat beku akaun Aman Palestin

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast