Kelab Johor Darul Ta'zim.

KUALA LUMPUR – Juara bertahan Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan akan menjalani latihan pramusim 2024 dan 2025 di Sepanyol dan Portugal.

Perkembangan itu dimaklumkan kelab terbabit susulan perbincangan antara pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan pemilik Portimonense FC, Constantin Teodoro Panagopoulos.

“JDT akan menjalani pramusim 2024 dan 2025 di Sepanyol dan Portugal berikutan perbincangan menggalakkan antara Tunku Ismail dan Panagopoulos yang merupakan sahabat baginda dan pemegang saham beberapa kelab di Eropah.

“JDT ditawarkan untuk menggunakan kemudahan fasiliti latihan terbaik di Portugal tanpa menanggung sebarang kos.

“Pasukan Harimau Selatan ingin meningkatkan lagi prestasi dengan perlawanan pramusim berkualiti di Eropah mulai musim depan.

“JDT sudah mengadakan pramusim di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sejak 2020, dan Eropah adalah langkah ke hadapan seterusnya,” jelas kelab itu di Facebook Johor Southern Tigers di sini, hari ini.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim (kiri) dan Panagopoulos.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast