Allahyargam Rasid Sulong (kiri sekali). Foto media sosial.

KUALA LUMPUR – Bapa kepada pemain bola sepak kebangsaan negara, Safawi Rasid meninggal dunia, awal pagi tadi.

Berita duka tersebut dikongsikan Safawi yang juga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi akaun Instagram miliknya.

“Mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada Ayah saya yang telah pergi menemui ilahi sebentar tadi dan semoga beliau dicucuri rahmat. Al-Fatihah (Rasid bin Sulong),” tulisnya ringkas.

Bagaimanapun, Safawi tidak berkongsi masa dan punca kematian bapanya.

Sementara, berita sedih itu turut dikongsikan isterinya, Syifa Melvin menerusi akaun Instagram.

“Abah telah kembali ke negeri abadi, rehatlah Abah, sehingga berjumpa di syurga nanti…Al Fatihah,” tulisnya. – MalaysiaGazette