Davide De Gea. Foto Sky Sports.

LONDON – Nama bekas penjaga gol Manchester United, David De Gea kembali menjadi tumpuan apa dia dilaporkan bakal kembali beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Menurut laporan daripada media antarabangsa, MailSport, pemain kelahiran Sepanyol itu antara calon pilihan untuk menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh penjaga gol utama Newcastle United, Nick Pope.

Ini kerana Pope mengalami kecederaan bahu yang memaksanya untuk berehat sekurang-kurangnya lima bulan atau kekemungkinan besar terpaksa berehat sehingga habis musim kerana dia perlu menjalani pembedahan.

Kecederaan yang dialaminya itu berlaku ketika perlawanan menentang Manchester United yang berkesudahan dengan kemenangan 1-0 awal pagi semalam.

Sementara itu, De Gea ketika ini masih berstatus ejen bebas setelah meninggalkan kelab Manchester United sejak bulan Julai yang lalu.

Sebelum ini, penjaga gol berusia 33 tahun pernah menerima tawaran dari beberapa kelab yang beraksi di Liga Pro Arab Saudi. Antaranya ialah Al-Nassr dan Al-Ettifaq.

Untuk rekod, sepanjang karier de Gea, dia beraksi untuk dua kelab sahaja iaitu Atletico Madrid sejak tahun 2009 sehingga 2011.

Seterusnta, menyertai The Red Devils pada tahun 2011 sehingga 2023. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast